Sunday 21 June 2009

KEPUTUSAN PENUH FESTIVAL TEATER MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH

KATEGORI KUMPULAN TEATER NGO/IPT

JOHAN:
PERSATUAN PENGGERAK TEATER ANAK SABAH(PENTAS)
" Tetamu"
KARYA: MASKUJI MATURON
ARAHAN: MASTARI KANJABUN
NAIB JOHAN:
GRUP TEATER LAB(G-TEL), UMS
"Terra Rossa"
KARYA: DR ANDIKA AZIZ HUSSIEN
ARAHAN: LARRY JOE LANGKAB
KETIGA:
NULL SHOUTBOX STUDIO(KOLEJ YAYASAN SABAH)
"Kosong"
KARYA: S.M NOOR
ARAHAN: ERWAN EZZALY B.HJ AWANG TAIP
PENGARAH TERBAIK:
MASTARI KANJABUN
"Tetamu"
PERSATUAN PENGGERAK TEATER ANAK SABAH(PENTAS)
PELAKON LELAKI TERBAIK
NTAH AKU XDENGAR DIA CAKAP APA BISING
"Tetamu"
PESATUAN PENGGERAK TEATER ANAK SABAH(PENTAS)
PELAKON WANITA TERBAIK:
ALINAH OSMAN
"Terra Rossa"
GRUP TEATER LAB(G-TEL),UMS
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK:
KALOR
"Tumpalak Rundum"
SANTARA
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
MAZRONA KALINGALAN
"Terra Rossa"
GRUP TEATER LAB(G-TEL),UMS
REKABENTUK PRODUKSI TERBAIK
NULL SHOUTBOX STUDIO(KOLEJ YAYASAN SABAH)
KATEGORI KUMPULAN KANAK-KANAK
JOHAN
S.M ALL SAINTS
"Pandirnya si pandir"
karya: Khalid Salleh
arahan: Farzidi mat hussin
NAIB JOHAN
SMK LIKAS
"Baju emas sang maharaja"
karya : datuk johan jaafar
arahan: Siti fatimah bt sabri
KETIGA
SM ST PETER TALIPOK
"Monsopiad"
karya : Nuklia Jikar
arahan Nuklia Jikar
PELAKON LELAKI HARAPAN:
ZULKARNAIN SULAIMAN'
"Monsopiad"
SM. ST PETER TALIPOK
PELAKON WANITA TERBAIK:
"Pandirnya si pandir"
SM ALL SAINTS
PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK:
AHMEN
"Baju emas sang maharaja"
SMKLIKAS
PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
Nuraniza
"Pandirnya si pandir"
S.M ALL SAINTS
REKABENTUK PRODUKSI TERBAIK
SMK LIKAS
KATEGORI KUMPULAN MONOLOG
JOHAN:
"Tumpalak Rundum"
SANTARA
karya: Nurul Syafikah Abdulah
Arahan: Ermiezam@ Adi awang
NAIB JOHAN:
S.M ALL SAINTS
"ter"
karya : mohd sufian hJ Mohd shah
arahan: Patricia bt Junit
KETIGA:
NULL SHOUT BOX STUDIO
"Lembu"
karya : Namron
arahan : Supian bin Mus
PENGARAH TERBAIK
SANTARA"
"Tumpalak Rubndum
karya :nurul syafikah Adbulah
arahan Ermiezam @ adi awang

Sunday 14 June 2009

FESTIVAL TEATER MALAYSIA NEGERI SABAH 2009

JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN
FESTIVAL TEATER MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH
17-21 JUN 2009
DEWAN RESITAL DAN THEATRETTE AHMAD NISFU,
UNIVERSITI MALAYSIA, SABAH.


17 JUN 2009 (RABU)
THEATRETTE AHMAD NISFU
12.30T/HARI – 2.00 PTG
SANTARA
“Tumpalak Rundum”


17 JUN 2009
DEWAN RESITAL
4.00 PTG – 5.30 PTG
GIAT SENI BUDAYA ALL SAINTS(S.M ALL SAINT)
“Pandirnya Si Pandir”


17 JUN 2009 (RABU)
DEWAN RESITAL
8.30 MLM – 10.00 MLM
PERSATUAN ANGKATAN SENI LABUK (ASLA)
“Tingkoron”


18 JUN 2009 (KHAMIS)
DEWAN RESITAL
8.00PG – 9.30 PG
SMK KINARUT
“Kembali ke pangkal jalan”



18 JUN 2009 (KHAMIS)
DEWAN RESITAL
12.30 T/HARI – 2.00 PTG
SANTARA
“Tumpalak Rundum”


18 JUN 2009 (KHAMIS)
THEATRETTE AHMAD NISFU
2.30PTG – 4.00 PTG
NULL SHOUTBOX STUDIO (KYS)
“ Lembu”


18 JUN 2009 (KHAMIS)
DEWAN RESITAL
5.00 PTG – 6.30 PTG
SM PETER TALIPOK
“Monsopiad”


18 JUN 2009 (KHAMIS)
DEWAN RESITAL
9.30 MLM – 11.00 MLM
PERSATUAN PENGGERAK TEATER ANAK SABAH
(PENTAS)
“Tetamu”



19 JUN 2009 (JUMAAT)
DEWAN RESITAL
8.00 PAGI – 9.30 PAGI
SMK LIKAS
“Baju emas sang maharaja”

19 JUN 2009 (JUMAAT)
DEWAN RESITAL
12.30 T/HARI – 2.00 PTG
KUMULAN PUTERI
“Lagenda simpang Mangazau”

19 JUN 2009 (JUMAAT)
THEATRETTE AHMAD NISFU
2.30 T/HARI – 4.00 PTG
GIAT SENI ALL SAINTS (S.M ALL SAINTS)
“TER”
19 JUN 2009 (JUMAAT)
DEWAN RESITAL
5.00 PTG – 6.30 PTG
NULL SHOUTBOX STUDIO(KYS)
“KOSONG”
19 JUN 2009 (JUMAAT)
DEWAN RESITAL
9.30 MLM – 11.00MLM
GRUP TEATER LAB – UMS
“Terra rossa”

20 JUN 2009 (SABTU)
DEWAN RESITAL
8.00PG – 9.30 PG
PERSATUAN BELIA DAERAH KUDAT (PBDK)
“buah nangka daun sireh”


20 JUN 2009 (SABTU)
DEWAN RESITAL
12.30 T/HARI -2.00 PTG
RUSTA
“Lungon”



21 JUN 2009 (AHAD)
DEWAN RESITAL
9.00PG – 12.00 T/HARI
LATIHAN MAJLIS PENUTUPAN FESTIVAL TEATER MALAYSIA PERINGKAT NEGERI SABAH 2009
“SEMUA YANG TERLIBAT”




DEWAN RESITAL
6.00 PTG
SEMUA KUMPULAN BERADA DI DEWAN RESITAL
SEKOLAH PENGAJIAN SENI, UMS.

FESTIVAL TEATER MALAYSIA peringkat NEGERI

Friday 29 May 2009

OPIE STUDIO

skrip ": ANGKARA"

Lampu malap perlahan-lahan.Kawasan Kelir:
Pembaca Hukuman: Adalah kamu dengan ini Mohd Hafifi Othman. Hari ini akan dijatuhi hukuman mati mandatori bersabit kesalahan membunuh dengan niat Nor Izzati Mahmod dan Wan Badri Wan Fakhri. Dengan itu, saya yang menurut perintah seperti yang termaktub dalam undang-undang akan menjalankan hukuman ini ke atas kamu. Saya dengan kuasa yang diberi ingin memohon kemaafan daripada kamu. Sesungguhnya inilah takdir yang tertulis ke atas kamu dan dengan masa yang singkat ini, saya menyeru kepada kamu agar beristighfar sebanyak mungkin kepada Tuhan yang menciptakan kamu, semoga segala dosa-dosa kamu akan diampunkan-Nya, dan semoga kamu dapat kembali dengan tenang dan tenteram ke pangkuan-Nya.
LAMPU TERANG MEMFOKUS KE ARAH PENTAS SEMULA
(sajak)
Mendongak, melihat langit-langit konkrit
yang seakan menindihtubuh setengah mati
jatuh dalam angkaratimbang kurang waras manusia
Kulihat awan dari tingkap berjeriji
cuba lagi memujuk hati
ceria dan gembiratersenyum dan ketawa
sebelum akhirnya melutut dan menangis
tersedak mengungkit kisah tragis
Melihat jari-jari sendiri
pernah gemuruh ditutup darah
hanya bayaran sebuah setia
Takdir bernyanyi lagidalam nada sumbang
mendungukan akuyang hilang kiblat
menanti saat-saat
leher tergantung dibelitan
tali menjerut kuat
Hafifi: Namaku Mohd Hafifi Othman. Berumur 25 tahun. Tidak perlu aku berbicara panjang. Biar sahaja tembok hitam dan jeriji besi menjadi saksi, berdiri Aku yang masih bingung dengan nyanyian takdir ini.Ia bermula saat-saat Aku bertemu dengan Nor Izzati, ya Nor Izzati yang ayu dan manis senyumnya. Aku masih ingat, waktu itu aku sedang bersiar-bersiar untuk menenangkan fikiran. Hati kecilku tiba-tiba sahaja tertarik apabila melihat sekujur anak Adam yang sendiri dan termenung di satu sudut. Sekadar ingin menghurai kekusutan di benakku, Aku mendekati dan bertanya mengapa? Mengapa dia kelihatan sedih?
Izzati: Aku sebenarnya sedang bersedih mengenang nasibku ini. Aku baru sahaja ditinggalkan oleh kekasih yang amat Aku cintai. Janji-janjinya dahulu membuat Aku menanam segunung harap, agar takdir menjodohkan kami. Setiap kali dia berbicara ingin menjadikan Aku isteri, hatiku berbunga-bunga. Dan setiap kali dia bercerita tentang masa depan kami berdua yang membahagiakan, jiwaku seakan terbang di awangan. Hakikatnya, semua janji itu adalah dusta. Dia pergi meninggalkan Aku kerana hadirnya seorang perempuan yang mungkin lebih sempurna baginya. Aku tidak pernah menyangka, pohon cinta yang Aku sirami kejujuran dituang dengan racun curang yang menghancurkan.
Hafifi: Tragis ceritanya begitu. Dia menyambung lagi.
(sajak)Pernah dahulu dia berjanji
memberi rembulanuntuk kusimpan di riba
Pernah dahulu dia berjanjimemberi matahari
untuk membuat hidupku bercahaya
Dan aku pernah lenadengan syair berlagu yang dia nyanyikan
membuai-buai jiwakusebelum dicampak janji-janji itu
menjadi sampah dan dia lupa
Dia hancurkan riwayat indah
yang kami cipta dengan cinta yang dikarang
tuntas, semua terpadam
dalam drama cinta curang
Hafifi: Dari cerita-cerita yang dia kisahkan, dari lembaran-lembaran sejarah di masa lalunya, Aku mendapat gambaran sebenar. Nor Izzati sebenarnya sudah ditinggal pergi oleh kekasih yang sangat dicintai, Wan Badri. Seorang bakal guru dan anak orang berada. Wan Badri mencurangi cinta mereka dengan memilih wanita lain. Kasihan Aku melihatnya.Sejak hari itu, kami mula bersahabat dan sering bertemu. Sedikit demi sedikit, Aku dijajah rasa sayang pada Nor Izzati. Senyumannya, kerlingan matanya dan suara gemersik merdu miliknya membuatku tidak tenteram. Ada rasa ngilu yang indah memenuhi salur darahku. Sehingga dalam siang Aku berangan dan dalam tidur Aku bermimpi. Semua adalah Nor Izzati.Akhirnya, setelah 3 bulan aku berkenalan dengan Nor Izzati, aku nekad memberanikan diri meluahkan rasa. Biar semua yang aku simpan bisa Nor Izzati ketahui ; betapa hakikat, Aku sudah merindui, menyayangi dan mencintainya.
Izzati: Puas sudah Zati simpan dan fikirkan. Sejak kita bertemu, Zati dapat merasakan, ada satu perasaan yang hadir saat bertemu Abang dahulu. Namun, perasaan itu Zati selalu buang jauh-jauh kerana bimbang, sejarah pedih mungkin berulang. Tapi, setelah berfikir semasaknya, biarlah Zati cuba sedaya Zati untuk menerima cinta Abang. Kerana Zati tidak dapat untuk menipu hati Zati sendiri, yang degupannya juga ada nama Abang.
Hafifi: Nafasku jadi tercungap kerana mendengar kata-kata Nor Izzati. Aku terlalu bahagia. Sejak detik itu, hari-hariku menjadi ceria. Indahnya saat itu juga membuatku tidak sedar, masa bergerak, sehingga setahun berlalu.Satu hari, Aku membawa Nor Izzati ke sebuah restoran. Di bawah cahaya lampu yang samar-samar dan romantis, Aku ingin meluahkan hasrat hatiku padanya. Sebelum sempat Aku meluahkan rasa, Nor Izzati yang terlebih dahulu berbicara.
Izzati: Abang, sudah lama kita berkongsi cinta ini. Zati rasa, kita harus mempunyai satu ikatan yang sah Bang. Zati mahu kita bertunang. Hati dan rasa Zati berkata, sudah tiba waktunya untuk kita ikat cinta kita ini dalam tali yang lebih kuat dan erat.
Hafifi: Kata-katanya benar-benar membuatku gembira. Akhirnya, kami bertunang dalam satu majlis ringkas di rumahnya. Hatiku bertambah-tambah gembira apabila keluarganya sendiri mahu kami cepat-cepat bernikah, menjadi suami isteri. Tidak tergambar betapa riang hatiku saat itu. Semua Aku sediakan dengan penuh semangat.Tapi, kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perkara yang paling tidak kuingini akhirnya berlaku. 2 minggu sebelum hari pernikahanku dengan Nor Izzati, Badri, kekasih lama Nor Izzati hadir. Lelaki jahanam itu menagih semula cintanya pada Zati. Dengan kata-kata manis, dan janji-janji, Badri merayu supaya Zati menerimanya. Lelaki jahanam!Mungkin begini bunyinya pujukan lelaki itu.
Wan Badri: Zati, sebenarnya Aku ingin memohon kemaafan darimu kerana pernah mengingkari janji kita dahulu. Hari ini Aku kembali supaya dapat kutebus janji-janjiku dahulu. Aku menyesal Zati. Aku benar-benar menyesal. Berilah Aku peluang menebus semuanya. Aku masih mencintaimu Zati. Kesilapanku dahulu sudah dibalas oleh perempuan itu. Dia sudah pergi bersama jantan lain. Aku menyesal Zati. Aku tidak dapat meneruskan hidup ini tanpamu Zati. Terimalah, terimalah Aku kembali, yang berlalu biarlah padam dalam sejarah. Aku benar-benar tidak dapat hidup tanpamu Zati. Aku lebih rela mati jika Zati tidak menerimaku. Dan sebagai bukti, jika Zati tak mahu memberiku peluang, biar sahaja Aku tamatkan nyawaku sendiri. Aku tak sanggup hidup tanpamu. Aku lebih rela membunuh diri jika penyesalanku tidak diterima.
Hafifi: Zati termakan jua dengan kata-kata insan yang pernah mengecewakannya dahulu itu. Saat yang paling menyakitkan dalam hidupku akhirnya tiba juga. Mungkin inilah yang dikatakan lagu takdir. Hatiku benar-benar sakit. Terlalu sakit seperti seribu jarum yang menusuk-nusuk dadaku. Kenapa? Kenapa Aku diperlakukan begini? Kenapa Nor Izzati yang Aku tatang dengan segenap jiwa ragaku sanggup berpaling dan menghancurkan segala harapanku? Aku tidak pernah kecewa begini.
Nor Izzati: Abang, Zati...Zati mahu memohon kemaafan daripada Abang. Zati mahu kita putuskan pertunangan ini Bang. Badri baru sahaja menemui Zati. Dan...Dia ingin kembali Bang. Dia sanggup membunuh diri jika Zati tidak menerima Dia kembali Bang. Maafkan Zati.
Hafifi: Tidak! Tidak pernah Aku diperlakukan begini! Aku, Aku tidak akan membiarkan diriku menanggung semuanya. Nor Izzati yang bertanggungjawab di atas musnahnya harapanku dan Aku akan membiarkan dia yang membayarnya!Di luar waras akal, Aku bertindak melakukan sesuatu yang melangkaui kemanusiaan dan kesabaranku. Aku terlalu dirasuk rasa marah. Zatiiii!!!!
Nor Izzati: Abang, maafkan Zati..Jangan, jangan, jangan Bang..
Hafifi: Ya..Aku merampas nyawa Nor Izzati. Aku puas! Aku puas! Tapi, kepuasan itu hanya sementara. Oh Tuhan, Aku telah membunuh Nor Izzati, insan yang paling Aku cintai. Tidak! Aku sebenarnya tidak harus membunuh Nor Izzati. Yang harus menerima balasan ialah Badri. Ya! Wan Badri yang menjadi punca ini semua.Waktu itu, Aku benar-benar dirasuk rasa benci yang mendalam pada jantan yang merosakkan segala impianku. Dengan hati yang nekad dan amarah yang meluap-luap, Aku mencari Wan Badri untuk melangsaikan segala hutang yang dia ciptakan. Masih jelas terakam dalam memoriku, saat-saat Aku bertemu dengan jantan jahanam itu.
Wan Badri: Aku tidak mengerti saudaraku. Nyatakan terus terang kerana aku benar-benar tidak mengerti. Aku tidak bersalah.Hafifi: Ahhhhrgghh Tidak! Kenapa dia tidak mengaku? Dia yang mencipta cerita ini!Wan Badri: Kau tidak sepatutnya menyalahkan aku dalam hal ini. Zati sendiri yang bersetuju kembali kepadaku. Kasihan Kau. Mungkin dia pergi darimu kerana Kau tidak pandai menjaga hati dan memahami perasaannya. Lantas, dia pergi kepadaku.
Hafifi: Kata-kata Badri itu benar-benar meletupkan marahku yang memang sedia mendidih! Aaarrrrrghhh!Wan Badri: Nanti...nanti...nanti..dulu sahabatku. Arg...argh..argh.
Hafifi: Setelah Aku membunuh keduanya, Aku jadi puas. Segala amarah yang memenuhi jiwaku sudah Aku lepaskan. Namun, sedetik demi sedetik, perasaan bersalah pula mula hadir dalam hatiku. Hingga segenap sudut yang terpandang oleh mataku, Aku melihat ada bayang-bayang Zati dan Badri. Keduanya merayu-rayu supaya Aku bertanggungjawab di atas kematian mereka.Dilitupi rasa bersalah, Aku menyerah diri kepada pihak Polis. Aku sudah tidak sanggup menanggung segala tekanan yang memberat dalam dadaku. Aku menolak untuk dibicara dan mengaku , Akulah yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan itu.Menghabiskan waktu-waktu singkat terakhirku di dunia, Aku sempat menulis tentang kisah yang Aku lalui ini.

Thursday 23 April 2009

UNTUK TEMAN SEPERJUANGAN

khas untuk semua semua teman seperjuangan
bersyukurlah kita kepada tuhan
diberi peluang untuk mencipta pengalaman
untuk menjadi pemikir dan para ilmuan

kita akan menjadi hina jika bercakap belakang
ada baiknya berterus terang
walaupun pahit itu kebenaran
yang indah itu perkongsian dan semangat setia kawan

jangan adanya adu domba
kelak akan membawa binasa
menimbulkan prasangka buruk didalam jiwa
dan akhirnya membawa kepada ANGKARA
kau,kaulah aku,akulah
yang penting aku bahagia
dan kepentinganku terpelihara

kita dipilih dan datang untuk ilmu
banyak ka? sikit ka tetap ia berguna padaku
dan jangan sesekali bangga dengan tugasan yang mencabar
kerana ianya akan dan boleh membakar
dek ketemberangan dan kesombongan
kononnya akulah superhero pilihan

marilah kembali semula kepada asal pertemuan
disitulah kita bersama menimba pengalaman,kegembiraan,kesedihan dan kenal erti persahabatan
agar ianya tidak akan lagi menyesatrkan pemikiran
kita ini insan dan golongan yang perlu banyak bimbingan