Thursday 23 April 2009

UNTUK TEMAN SEPERJUANGAN

khas untuk semua semua teman seperjuangan
bersyukurlah kita kepada tuhan
diberi peluang untuk mencipta pengalaman
untuk menjadi pemikir dan para ilmuan

kita akan menjadi hina jika bercakap belakang
ada baiknya berterus terang
walaupun pahit itu kebenaran
yang indah itu perkongsian dan semangat setia kawan

jangan adanya adu domba
kelak akan membawa binasa
menimbulkan prasangka buruk didalam jiwa
dan akhirnya membawa kepada ANGKARA
kau,kaulah aku,akulah
yang penting aku bahagia
dan kepentinganku terpelihara

kita dipilih dan datang untuk ilmu
banyak ka? sikit ka tetap ia berguna padaku
dan jangan sesekali bangga dengan tugasan yang mencabar
kerana ianya akan dan boleh membakar
dek ketemberangan dan kesombongan
kononnya akulah superhero pilihan

marilah kembali semula kepada asal pertemuan
disitulah kita bersama menimba pengalaman,kegembiraan,kesedihan dan kenal erti persahabatan
agar ianya tidak akan lagi menyesatrkan pemikiran
kita ini insan dan golongan yang perlu banyak bimbingan

1 comment: