Thursday 23 April 2009

UNTUK TEMAN SEPERJUANGAN

khas untuk semua semua teman seperjuangan
bersyukurlah kita kepada tuhan
diberi peluang untuk mencipta pengalaman
untuk menjadi pemikir dan para ilmuan

kita akan menjadi hina jika bercakap belakang
ada baiknya berterus terang
walaupun pahit itu kebenaran
yang indah itu perkongsian dan semangat setia kawan

jangan adanya adu domba
kelak akan membawa binasa
menimbulkan prasangka buruk didalam jiwa
dan akhirnya membawa kepada ANGKARA
kau,kaulah aku,akulah
yang penting aku bahagia
dan kepentinganku terpelihara

kita dipilih dan datang untuk ilmu
banyak ka? sikit ka tetap ia berguna padaku
dan jangan sesekali bangga dengan tugasan yang mencabar
kerana ianya akan dan boleh membakar
dek ketemberangan dan kesombongan
kononnya akulah superhero pilihan

marilah kembali semula kepada asal pertemuan
disitulah kita bersama menimba pengalaman,kegembiraan,kesedihan dan kenal erti persahabatan
agar ianya tidak akan lagi menyesatrkan pemikiran
kita ini insan dan golongan yang perlu banyak bimbingan

kalaku teringatkan pekan yang menciptakan kerinduan

Bisaya,Bugis,Brunei,Kadazan,Dusun dan Kadayan
Ayuh marilah kita sematkan rasa penghormatan dan ketuanan
Terhadap tanah Beaufort yang menjadi asal
Tempat mula kita dilahirkan dan mencipta pengalaman.

Janganlah kita bermusuh DENDAM
kerana kelak akan MENGHANCURKAN
nilai murni dalam KEHIDUPAN
dan perpaduan yang telah lama menjadi PEGANGAN

aku sedih melihat PERBALAHAN
sayu mendengar PERGADUHAN
pilu adanya PEMBUNUHAN
ANGKARA dendam yang tak pernah PADAM

aku orang yang cintakan KEAMANAN
suka dan menyokong kepada PERPADUAN
kerana dengan PERPADUAN
kita bisa menunjukan KEKUATAN
menendang terajang pelbagai GODAAN
YANG bertujuan untuk MENGHANCURKAN
semanagt perpaduan yang telah lama TERSIMPAN
namun terhakis dek KEPENTINGAN, yang lebih di AGUNGKAN

belajarlah dari KESILAPAN
ambil contoh sebagai TAULADAN
yang dijadikan sebagai BEKALAN
UNTUK TERUS BERJUANG DALAM MENGEKALKAN perpaduan
DAN INGATLAH JANGAN DIBAKAR API dendam
kelak akan mendorong kepada KEHANCURAN

dan sedarlah wahai MASYARAKAT
KITA semuanya sama dan tiada dibezakan dengan PANGKAT dan DARJAT
jangan tunjukan siapa yang BERKUASA
kelak akan membawa BINASA
DAN BERSATULAH DEMI TANAH BEAUFORT "TERCINTA"

Wednesday 22 April 2009

mari datang beramai-ramai

hahahahaahahahaha
aku dah xda kerja nak buat
jadi aku buatlah BLOg

nak kongsi apa saja benda yang boleh dikongsi
nak crita apa juga benda yang boleh di cerita
bukan tujuan mencari populariti
tapi menambah baik dan membaik pulih apa yang sedia ada

aku memerlukan teman
yang bisa dibuat kawan
berhibur di kala suka
merintih bersama di kala duka

jadi datanglah ke blogku
akan cubaku kongsikan sesuatu
dengan adanya sokongan korang
banyak benda yang kita boleh kongsikan

assalamualaikum w.b.t