Thursday 23 April 2009

kalaku teringatkan pekan yang menciptakan kerinduan

Bisaya,Bugis,Brunei,Kadazan,Dusun dan Kadayan
Ayuh marilah kita sematkan rasa penghormatan dan ketuanan
Terhadap tanah Beaufort yang menjadi asal
Tempat mula kita dilahirkan dan mencipta pengalaman.

Janganlah kita bermusuh DENDAM
kerana kelak akan MENGHANCURKAN
nilai murni dalam KEHIDUPAN
dan perpaduan yang telah lama menjadi PEGANGAN

aku sedih melihat PERBALAHAN
sayu mendengar PERGADUHAN
pilu adanya PEMBUNUHAN
ANGKARA dendam yang tak pernah PADAM

aku orang yang cintakan KEAMANAN
suka dan menyokong kepada PERPADUAN
kerana dengan PERPADUAN
kita bisa menunjukan KEKUATAN
menendang terajang pelbagai GODAAN
YANG bertujuan untuk MENGHANCURKAN
semanagt perpaduan yang telah lama TERSIMPAN
namun terhakis dek KEPENTINGAN, yang lebih di AGUNGKAN

belajarlah dari KESILAPAN
ambil contoh sebagai TAULADAN
yang dijadikan sebagai BEKALAN
UNTUK TERUS BERJUANG DALAM MENGEKALKAN perpaduan
DAN INGATLAH JANGAN DIBAKAR API dendam
kelak akan mendorong kepada KEHANCURAN

dan sedarlah wahai MASYARAKAT
KITA semuanya sama dan tiada dibezakan dengan PANGKAT dan DARJAT
jangan tunjukan siapa yang BERKUASA
kelak akan membawa BINASA
DAN BERSATULAH DEMI TANAH BEAUFORT "TERCINTA"

No comments:

Post a Comment